Friday 6 August 2010

Pemilik Starbucks dedah kisah sedih

HARLEM, New York - Pemilik rangkaian kafe minuman kopi terkemuka Starbucks, Howard Schultz mendedahkan latar belakang kehidupannya pada satu temu ramah eksklusif, lapor akhbar Daily Mirror semalam.

Bakal menyambut ulang tahun ke-40 Starbucks tahun depan, Schultz yang kini seorang bilionair membesar dalam keluarga miskin di Brooklyn.
Dia pernah tinggal di kawasan perumahan subsidi Canarsie untuk golongan miskin.
Bapanya, Fred ialah bekas askar tidak berpelajaran yang menyara hidup dengan memandu trak.
Keadaan bertambah buruk apabila Fred mengalami masalah patah kaki yang serius pada tahun 1961.
Justeru ibu Schultz, Elaine meletakkan harapan tinggi terhadapnya dan dua orang adiknya, Ronnie and Michael.
Selepas tamat pengajian, beliau bekerja di Xerox dan rumah gudang Hammarplast.
Semasa bekerja di Hammarplast, Schultz menyedari kewujudan sebuah kedai menjual biji kopi di Seattle.

Nasibnya berubah sewaktu melawat Milan, Itali pada tahun 1981 dan mendapati kedai kopi di negara itu berperanan sebagai hab sosial seperti bar di AS.
Setahun kemudian dia menyertai Starbucks tetapi ibunya menangis dengan keputusan itu.
"Sebuah syarikat kedai kopi?Adakah anda gila? Siapakah yang mahu membeli kopi," kata Schultz yang mendedahkan komen ibunya itu.

Dia kemudian menukarkan kedai kopi Starbucks menjadi sebuah perniagaan besar.
Schultz menjadi Ketua Pegawai Eksekutif Starbucks pertama pada 1987.
Kini, Starbucks menggaji 172,000 orang pekerja di lebih 16,000 cawangan di seluruh dunia.
Di Amerika Syarikat (AS), Starbucks menjadi syarikat pertama yang menyediakan penjagaan kesihatan secara percuma kepada pekerja sambilannya.

Schultz menyatakan inisiatif itu berasaskan kepada pengalaman pahit bapanya - agensi

sumber : kosmo online

Monday 2 August 2010

Siapakah Jho Low?

Nama sebenar: Low Taek Jho

Umur: 28

Asal: Pulau Pinang

Tinggi: 1.7 m

Berat: 88kg

Bahasa: Inggeris, Bahasa Malaysia, Mandarin, Hokkien, Teo Chew dan sedikit Arab

Pendidikan:
> Sek Rendah Union, Pulau Pinang> Chung Ling High School, Pulau Pinang> Harrow (A-Level)> Wharton School of Business, Univ of Pennsylvania, Philadelphia (2000-2005)

Kerjaya:
> Pada usia 20 tahun memulakan sebuah syarikat pelaburan yang dinamakan The Wynton Group dengan nilai pelaburan berjumlah AS$25 juta hasil pelaburan ahli keluarga, rakan-rakan dari negara-negara Arab serta Asia Tenggara. Syarikat pelaburan itu kini bernilai melebihi AS$1 bilion.
> Dilantik sebagai penasihat dan pengarah bukan eksekutif UBG Bhd pada tahun 2008.
> Penasihat kepada beberapa buah syarikat korporat antarabangsa.

KUALA LUMPUR: Jutawan misteri dari Pulau Pinang, yang menempa nama di Hollywood, Jho Low memberitahu, beliau membuat keuntungan satu juta dollarnya yang pertama ketika berusia 20 tahun dan kini syarikat pelaburan miliknya bernilai lebih AS$1 bilion (RM3.19 bilion).
Bercakap dalam satu temuramah eksklusif bersama akhbar The Star, Jho Low yang buat pertama kalinya mendedahkan identitinya kepada media menceritakan, beliau membuat satu juta dollarnya yang pertama ketika mengambil cuti rehat semester ketika sedang belajar di sekolah perniagaan terkenal Amerika, The Wharton School of Business di University of Pennsylvania.

Kata Low, kejayaannya dalam dunia perniagaan banyak ditentukan oleh situasi di mana beliau berada di tempat yang betul dan pada masa yang betul dan juga kerana dia telah dihantar menuntut di sekolah yang betul iaitu Harrow di United Kingdom dan kemudian Wharton di Amerika.

Di sini katanya, dia telah berkawan dan bertemu dengan anak-anak dari kalangan keluarga diraja Arab yang kaya raya dan keakraban serta kepercayaan yang mereka bina selama bertahun-tahun belajar bersama telah membantunya untuk mendaki kerjaya sebagai seorang usahawan yang berjaya.

Low menekankan betapa kepercayaan adalah kunci utama dalam menentukan kejayaan sesebuah urusan dan juga perniagaan.
Jadi apabila dia mewujudkan syarikat pelaburan yang dinamakan Kumpulan Wynton, rakan-rakan sekolahnya dari kalangan keluarga diraja Arab seramai sembilan orang serta ahli keluarganya sendiri telah sudi melabur sejumlah AS$25 juta (RM79.7 juta).
Kini syarikat tersebut bernilai lebih AS$1 bilion.

Low, 28, adalah anak ketiga dan bongsu usahawan dari Pulau Pinang, Datuk Larry Low yang memiliki sebuah syarikat kejuruteraan MWE.

Sumber : mstar online klik disini

Rahsia Kejayaan Jho Low...

Low Taek Jho memperjelaskan beberapa kekeliruan berhubung dirinya kepada Ketua Pengarang Kumpulan The Star, Datuk Wong Chun Wai.
DALAM temuramah eksklusif bersama The Star, Jho Low - jutawan muda dari Pulau Pinang yang menjadi terkenal kerana berpacaran dengan artis-artis Hollywood dan anak-anak Pak Arab yang kaya raya, telah menceritakan serba sedikit rahsia tentang dirinya. Ikuti temubual bersamanya;

STAR (S): Anda mengambil A-Level di Harrow (sebuah sekolah swasta berprestij di UK). Bagaimanakah pentingnya perkara itu kepada anda kini?

JHO LOW (JL): Terdapat beberapa perkara penting terutamanya dalam soal membina hubungan ketika saya berada di sana. Harrow menempatkan ramai anak-anak daripada keluarga berpengaruh dari Eropah, Asia dan Asia Barat. Di situlah saya bertemu dengan anak bekas Raja Jordan, antara lainnya.
Waktu itu juga penting bagi saya. Ketika itulah saya berjaya membina asas perhubungan penting demi masa depan. Itu amat penting, kerana saat itulah kita kenali mereka sebagai sahabat dan memupuk kepercayaan untuk masa hadapan, berbanding berjumpa seseorang sewaktu perjalanan kerjaya perniagaan anda.
Selepas Harrow saya melanjutkan pengajian di Wharton untuk memperluaskan jaringan. Sepanjang pengajian dari 1998 hingga 2005, ia menjadi tempoh perkembangan paling utama bagi saya. Saya percaya pada kerja keras dan ketekunan.
Tapi saya akui, kejayaan juga bergantung kepada berada di tempat yang betul pada waktu yang tepat dan berjumpa dengan orang yang betul digandingkan dengan perhubungan yang bersandarkan kepada kepercayaan.

S: Boleh ceritakan serba sedikit mengenai Kumpulan Wynton yang anda bina.

JL: Saya mengambil cuti selama satu semester sewaktu di Wharton untuk menubuhkan syarikat pelaburan dikenali sebagai The Wynton Group. Kami mempunyai modal awal sebanyak AS$25 juta (RM79.8 juta) kebanyakannya hasil pelaburan ahli-ahli keluarga saya dan rakan-rakan baik saya dari Asia Barat dan Asia Tenggara.
Kami bermula dengan banyak portfolio pelaburan dari seluruh dunia. Kemudian, kami mengambil keputusan untuk mengembangkan perniagaan dari membeli dan menjual saham awam kepada ekuiti persendirian.
Hari ini, pelaburan Wynton bernilai lebih AS$1 bilion. Apabila saya memulakan syarikat itu ketika masih menuntut di universiti, saya bermula dengan konsep SOHO iaitu kediaman berkonsepkan rumah dan pejabat. Tidak lama selepas itu, ia dijadikan satu entiti rasmi dan kami mempunyai pejabat di Malaysia, Singapura dengan berpangkalan di British Virgin Island.

S: Apakah saham terbaik yang pernah anda laburkan?

JL: Yang kelakarnya, ketika di universiti, saya menulis beberapa artikel untuk jurnal Wharton. Beberapa cadangan saya menjadi, tetapi sesetengahnya memang cukup teruk. Wharton mendidik kita melihat kepada pelbagai portfolio. Pada akhirnya, yang penting adalah pulangan dari hasil pelaburan kita dan juga kepelbagaian.

S: Di Asia Barat, di negara mana paling banyak anda luangkan masa?

JL: Saya bermula dengan hubungan yang dibina ketika saya menghabiskan banyak masa saya di London, khususnya dengan rakan baik di Kuwait, Abu Dhabi dan Arab Saudi.
Saya lihat begitu banyak peluang untuk rakyat Malaysia, terutama di Asia Barat kerana mereka memiliki aliran modal yang besar dan begitu juga sebaliknya dari Asia Barat ke Malaysia, di situlah terletaknya minat saya.
Walau apa pun, saya rakyat Malaysia. Saya seorang individu yang tidak melupakan negara asal saya dan percaya banyak yang boleh dilakukan untuk Malaysia. Tetapi bila anda sudah membina kepercayaan pelabur, anda perlu tunaikan apa yang telah dijanjikan.

S: Jadi siapakah yang anda kenali di Abu Dhabi?

JL: Saya mempunyai ramai kawan rapat dan kenalan baik di Abu Dhabi. Khususnya, saya bersahabat baik dengan Yousef Al Otaiba, bekas pengarah perhubungan antarabangsa di Pejabat Putera Mahkota dan kini duta Emiriyah Arab Bersatu (UAE) ke Amerika Syarikat (AS) dan Mexico. Yousef adalah anak kepada Dr Mana Al Otaiba, menteri minyak pertama UAE.

S: Anda kenali beliau ketika di Harrow?

JL: Tidak, beliau dikenalkan kepada saya oleh rakan-rakan. Sudah tentu, saya juga rapat dengan beberapa ahli keluarga diraja Abu Dhabi. Saya fikir perkara hebat tentang hubungan Abu Dhabi dan Malaysia adalah kedua-duanya benar-benar komited terhadap Malaysia dan saya rasa bukan sahaja boleh dilihat menerusi media hubungan baik di tahap kerajaan malah di kalangan sektor perniagaan.
Ada banyak kepercayaan daripada mereka dengan banyak syarikat Malaysia beroperasi di sana terutama dalam sektor pembinaan.

S: Apa hubungan anda dengan Hamad Al-Wazzan pula? (Hamad merupakan pelabur perbankan dan usahawan berjaya).

JL: Beliau rakan dari Wharton School dan muda beberapa tahun dari saya. Beliau merupakan sebahagian daripada ahli keluarga Al-Wazzan, kerabat berpengaruh di Kuwait. Bapa saudaranya juga merupakan orang penting di sana dan beliau adalah sahabat saya yang banyak meluangkan masa bersama sekumpulan rakan kami di New York, yang mungkin menjurus kepada artikel di New York Post, dan saya perlu menjelaskan perkara ini.
Saya banyak menghabiskan masa di New York dan mempunyai ramai kawan yang sama-sama menuntut di Wharton, akhirnya bekerja di Wall Street. Dalam pada mengumpulkan dana untuk pelaburan baru kami, kami percaya bahawa ia harus diperluaskan ke Asia Barat dan melihat kepada institusi pelabur di AS. Jadi kami banyak menghabiskan masa di New York.
Memang benar kami semua tinggal dalam satu apartmen, dipanggil Park Imperial. Tetapi tidak, saya tidak menyewa Park Imperial, tapi saya boleh katakan ia apartmen yang cantik. Kami 12 orang semuanya, jadi ia sebuah kediaman besar kira-kira 5,000 kaki persegi.

S: Jelas sekali ia disewa. Siapa yang membayarnya?

JL: Bukan saya atau Hamad. Ada seorang lagi rakan kami yang menyewa apartmen itu.

S: Adakah benar kadar sewanya AS$100,000 sebulan?

JL: Saya tak pasti tetapi saya boleh katakan bahawa saya menyumbang kepada bajet makanan.

S: Nampaknya macam seperti berkongsi rumah dengan rakan-rakan sekolah?

JL: Ya, semua 12 sahabat berkumpul di satu tempat dan meluangkan masa bersama kerana sudah lama tidak bertemu.

S: Semua pelajar Wharton?

JL: Sebahagian dari Wharton, separuh lagi Harrow. Laporan mengenai perbelanjaan mewah itu ditokok tambah. Sewaktu kami di sana, kami menikmati makan malam di restoran yang baik dan mereka semua datang dari keluarga berada, jadi mereka mempunyai kuasa berbelanja lebih. Dan kadang-kala rakan Wall Street menjemput kami menghadiri acara tertentu. Satu majlis yang dilaporkan New York Post merujuk kepada parti pertunangan seorang rakan.

S: Bagaimana perasaan anda apabila anda yang menjadi tumpuan sedangkan rakan-rakan yang lain berjaya mengelak daripadanya?

JL: Itulah paling menarik. Saya rasa mungkin ada kaitan dengan aspek dan gaya perhubungan kerana sebagai rakyat Malaysia, saya datang dari keluarga boleh dikatakan ok tetapi tidaklah sekaya dan sepengaruh orang-orang yang saya habiskan masa bersama yang juga sahabat baik saya. Secara umum, saya merupakan orang perhubungan yang suka menguruskan segala-galanya, justeru nama saya berada di mana-mana.

S: Jadi anda seolah-olah macam 'mangsa' di sini?

JL: Saya takkan kata begitu. Saya orang yang membuat panggilan, tempahan dan sebagainya. Melainkan jika kami pula dijemput rakan-rakan lain, jadi ada orang lain yang menguruskan perkara itu.

S: Adakah kerana mereka kurang teratur dan anda lebih tersusun?

JL: Tidak, saya rasa kerana kebanyakan keluarga mereka terdiri daripada pelabur saya.

S: Jadi dalam hal ini anda sebenarnya menjaga pelabur anda?

JL: Ya. Saya melakukan segala yang perlu. Saya memikirkan hubungan dengan pelabur bukan sekadar menguruskan duit mereka dengan baik. Walaupun bukan bidang tugas saya, tetapi jika sahabat saya kata dia mahu penerbangan segera atau hendak makan di tempat terkenal, saya akan berusaha mendapatkannya.

S: Betulkah bil di (kelab malam) Avenue mencecah AS$160,000?

JL: Saya rasa faktanya ialah ia adalah sebuah parti yang diadakan untuk meraikan pertunangan seorang kawan yang saya diberitahu mencecah kos sehinggaAS$160,000. Jika diserahkan kepada saya, tidak mungkin saya akan membelanjakan wang itu.

S: Jadi bagaimana dengan parti ulang tahun anda di Las Vegas?

JL: Sebenarnya sekumpulan sahabat rapat saya; sesetengahnya juga pelabur yang mengadakan kejutan parti hari jadi yang akan saya ingati sampai bila-bila dan cukup luar biasa. Saya rasa itulah gunanya sahabat akrab. Ia sempena sambutan ulang tahun ke-28 saya November lalu.

S: Adakah mereka menempah seluruh Ceasar's Palace untuk tujuan itu?

JL: Tidak, parti itu diadakan di tepi kolam renang Ceasar's Palace.

S: Adakah anda menghantar champagne Cristal kepada Lindsay Lohan?

JL: Saya fikir ada paten pihak cuba menggambarkan saya sebagai seseorang yang suka memesan champagne secara berlebihan. Tapi saya rasa fakta di sini, mereka perlu sedar bahawa terdapat beberapa majlis khas diadakan dan kebanyakannya bukan dianjurkan oleh saya.
Satu perkara yang saya mahu jelaskan di sini ialah, bukan saya mahupun abang saya yang membelanjakan AS$2 juta di St Tropez untuk berparti. Itu sama sekali 100 peratus tidak benar dari segi fakta. Ramai di antara kami iaitu antara 40 hingga 50 orang yang memesan minuman dan berehat pada malam itu. Bagi saya, kami semua bekerja keras. Sudah tentu, kami mempunyai kelemahan kerana di usia ini, orang akan mengganggap perkara itu sebagai sesuatu yang berlebihan. Pada akhirnya, saya menguruskan wang pelabur dengan cermat. Saya menjana pulangan untuk mereka. Saya bukan seorang yang boros tetapi saya akui saya memang meluangkan masa berehat bersama rakan-rakan.

S: Jadi anda bukanlah lelaki misteri yang disebut-sebut itu?

JL: Saya rasa mungkin saya dikenali sebagai lelaki misteri kerana orang tidak tahu apa-apa tentang saya. Dan saya harap selepas hari ini, ia menjelaskan banyak perkara.

S: Semua publisiti ini, adakah membantu atau menjadi penghalang kepada anda?

JL: Ramai orang bercakap kepada saya tentang ini dan jika ia boleh menjejaskan perniagaan saya ia adalah kerana ramai pelabur saya datang dari negara Islam.
Pertama sekali, perkara paling utama adalah kepercayaan. Jika anda tidak percayakan saya, anda tidak akan percaya saya melabur wang anda. Keduanya, ia adalah fakta yang diperbesar-besarkan. Ketiga, dengan tumpuan media yang besar, walaupun amat mencabar, saya anggap sebagai cabaran untuk memperbaiki diri. Saya mengambil keputusan sudah tiba masanya untuk saya muncul dan jelaskan fakta-fakta ini.

S: Akhbar berbahasa Cina melaporkan, bapa anda menasihati agar anda tidak menonjolkan diri. Adakah benar dia memberi nasihat demikian?

JL: Saya ada bercakap dengan bapa saya berkaitan hal ini dan saya diberitahu bahawa dia tidak bercakap kepada pihak media. Saya rasa mungkin ia dipetik dari perbualan kasual atau silap petikan, saya tak pasti. Tapi saya telah bercakap dengan ibu bapa dan sudah tentu mereka bimbang dengan semua publisiti ini dan bagaimana ia boleh menjejaskan kami semua. Daripada apa yang saya pelajari di sekolah perniagaan, dalam kehidupan, jika kita tidak menyahut cabaran, kita tidak akan menjadi matang. Saya rasa ini pengalaman penting bagi saya untuk meningkatkan diri.

S: Kami ingin bertanya tentang Paris Hilton. Adakah anda berdua sedang bercinta?

JL: Rick dan Kathy Hilton, ibu bapa kepada Paris dan Nicky, merupakan keluarga paling berpengaruh dalam sektor hartanah di luar kawasan Los Angeles dan saya diperkenalkan kepada keluarga ini oleh seorang kawan baik. Saya sebenarnya sudah lama mengenali keluarga Hilton. Begitulah halnya saya mengenali anak-anak mereka. Gadis-gadis itu sedang melancong dengan sekumpulan 40 orang. Kami mempunyai kawan berpengaruh dan berjaya dari Russia, Kazakhstan dan Asia Barat juga. Kami semua dalam kumpulan yang sama dan berkenalan antara satu sama lain.

S: Sewaktu Piala Dunia di Afrika Selatan, adakah benar anda memiliki sebuah bilik korporat di Johannesburg Soccer Citystadium?

JL: Pertama sekali, ada cakap-cakap tentang saya menyewa pesawat dari London ke Afrika Selatan. Untuk menjelaskannya, saya tidak menyewa pesawat sebaliknya berada dalam penerbangan itu dengan lebih 20-30 orang. Sebahagian besar waktu itu saya luangkan masa bersama anak-anak pelabur atau bersama rakan-rakan yang bekerja keras untuk membina perniagaan masing-masing atau mewarisi perniagaan keluarga. Mereka ada gaya hidup yang tertentu dan saya bertuah kerana dapat bersama-sama menikmati gaya hidup mereka itu. Malang sekali, saya pula digambarkan sebagai menjalani gaya hidup berlebih-lebihan.

S: Ini ada satu lagi cerita mengatakan anda sebenarnya tidak minat pada Paris, tetapi Nicky Hilton.

JL: Itu tidak benar dari segi fakta. Saya mengenali teman lelaki Nicky. Dia adalah David Katzenberg, anak kepada salah seorang pengasas Studio Dreamworks.


Sumber : Mstar online klik disini

Monday 26 July 2010

Perlaburan emas...





Assalammualaikum pembaca blog aku matlamat....

Hari ini firadila ingin berkongsi mengenai perlaburan emas..kebetulan pula ada artikel mengenai perlaburan emas di akhbar kosmo online. Anda boleh klik disini untuk bacaan selanjutnya...

Sebenarnya, firadila ni pun dulu tak tahu juga mengenai perlaburan emas ini...tapi setelah diselidiki dan diselidiki...firadila dapati perlaburan emas ini lebih menguntungkan berbanding menyimpan wang menggunakan wang kertas.

Cuba anda bayangkan, hari ini anda membuat perlaburan emas sebanyak 5g emas...dan esok cuba anda periksa harga emas semasa di akhbar atau di internet, firadila yakin nilai emas ini pasti akan naik dan firadila pasti harga emas sentiasa berada dalam keadaan yang amat baik sekali.

Oleh itu, cuba anda membuat perlaburan emas ini. Bagaimana caranya nak buat perlaburan emas ini? Baiklah firadila akan terangkan..

Pertama : Anda boleh buat research di internet mengenai perlaburan emas ini untuk mengetahui akan nilai pasaran dan sebagainya.

Kedua : Anda boleh tanya dimana-mana cawangan bank berhampiran dan tanya mengenai perlaburan emas ini. Kalau boleh tanyalah di bank yang berlainan. Maybank ke, public bank ke atau sebagainya..

Ketiga : Bertindaklah dan melakukan langkah pertama. Sekiranya anda sudah mengetahui maklumat mengenai perlaburan emas dan kebaikannya...kenapa tunggu lagi. Buka lah akaun emas ini. Biar berat emas anda kecil asalkan anda telah mencubanya.

Keempat : Anda biarkan buku akaun bank emas anda itu terperap selama 2 tahun. Kemudian selepas 2 tahun, cuba anda periksa di internet atau di akbar-akhbar berapa harga pasaran nilai emas untuk 5 gram. Pasti anda akan terkejut...Selamat mencuba...
Lakukan tindakan kehadapan untuk mencapai matlamat anda...Berfikir banyak kali menyebabkan anda ada masa untuk mencipta alasan....Bertindak lah segera..
p/s : firadila mungkin tak tahu istilah dalam pengunaan bahasa mengenai perlaburan emas ni tetapi yang penting firadila dapat menyampaikan benda yang baik...:)

Senyum dan ceria selalu...

Wednesday 7 July 2010

Berlatihlah dengan cara ini...

Assalammualaikum...

Hari ini post firadila ialah untuk menerapkan nilai-nilai yang firadila amalkan. Iyelah, bukan senang nak berlatih untuk menjadi kebal macam ni. Ianya nampak macam remeh tetapi amat berkesan sekali. Dahlah firadila...cepatlah...apa yang nak cuba terapkan tu...

Baiklah, untuk berlatih mencapai sesuatu matlamat, tindakan ke hadapan yang perlu ialah :

Pertama : latih diri untuk dapatkan sesuatu dengan berusaha sendiri. Sebagai contoh, firadila nak sangat untuk mendapatkan buku Nota Jutawan Nota Motivasi tulisan Dr. Irfan Khairi. Jadi, firadila tak nak guna duit gaji setiap bulan. Kalau boleh firadila nak gunakan duit firadila dapat upah menjahit. Kebetulan, bulan tu tempahan menjahit perlahan sangat. Jadi, apa yang firadila lakukan ialah firadila tingkatkan promosi firadila. Firadila tawarkan yang firadila ni ambil tempahan untuk menjahit tepi. Tak pe, walaupun upahnya kecil tapi amat bermakna bagi diri firadila...cewah..bersemangatlah pulak sekarang ni..

Kedua : latih diri untuk tebalkan muka, keringkan hati dan pekakkan telinga. Eh! jangan salah anggap. Pekak kan telinga itu bermaksud anggap je setiap tohmahan dan cacian itu umpama 'sampah" je yang masuk kat dalam telinga kita. Jangan latih diri untuk menjadi cepat terasa. Pada mulanya memang susah sekali untuk melakukan teknik ini..tetapi lama- kelamaan dah macam jadi perkara biasa sahaja. Buangkan perasaan malu untuk bertanya, malu untuk mendapatkan maklumat atau malu untuk berkomunikasi. Sekiranya malu itu telah tanam di dalam diri anda....lupakanlah niat untuk anda nak berjaya itu...

Ketiga : latih diri anda untuk menonton perkara yang mencabar dan bertindak.
Firadila amat minat menonton National Geographic dan Discovery Channel kerana bahan cerita yang dikeluarkan amat menarik sekali. Antara cerita yang firadila suka sekali ialah "I Shouldn't be Alive"...cerita ini mengisahkan pengalaman sebenar seseorang itu bagaimana dia melawan untuk hidup. Firadila dapat latih diri firadila bagaimana desakan, semangat dan berfikiran positif untuk hidup amatlah diperlukan untuk berjaya....Lagi satu, tindakan untuk melakukan keputusan untuk gagal amat diperlukan berbanding tidak membuat apa-apa keputusan.

Keempat : Ukur baju di badan sendiri. Wah...mentang-mentanglah firadila ni tukang jahit, ada kena mengena jugak ke? hehehehe....Sebenarnya, dalam kehidupan kita...kita terlalu sangat terikut-ikut dengan orang yang berada di hadapan kita. Sebenarnya, kita boleh mengikut cara ini tetapi jangan terlalu sangat obses tanpa melihat siapa diri kita dahulu. Selalulah berkata di dalam hati " Setiap tindakan itu ukurlah baju di badan kita sendiri". Ini kerana untuk mengelak dari melahirkan sikap bongkak, sombong dan taksub di dalam diri. Minta dijauhkan lah...

Kelima : Bermula lah dengan Bismillah dan niat kerana Allah. Setiap rezeki itu datang dari Allah. Sekiranya kita sentiasa mengingatiNya...Insyallah, kita juga tidak akan dilupaiNya. Lakukanlah setiap matlamat kita itu dengan ikhlas. Biarlah merangkak-merangkak dahulu asalkan boleh bertahan lama untuk berjaya...

Keenam : Cipta kejayaan untuk diri sendiri dahulu. Setiap langkah pertama yang kita lakukan adalah kejayaan kecil bagi kita. Firadila selalu tekan kan dalam diri firadila "lakukan...bertindak..ayuh...langkah pertama". Ini kerana secara tidak langsung ianya menjadikan fikiran kita bertambah positif...Lagi satu, latihlah untuk senyum selalu...kerana ianya juga adalah kejayaan kecil bagi diri kita...

p/s : Tahukah anda...menjadi orang yang berjaya tidak semestinya tidak boleh senyum...hehehehe....apa yang penting

Senyum dan ceria selalu..

Tuesday 15 June 2010

Bersyukur..

Tahun 2010 firadila rasakan banyak peluang yang boleh diambil untuk maju ke hadapan. Target firadila ialah kedai jahit firadila ni dapat tempahan yang banyak untuk raya ni. Yang penting fokus je..

kejayaan kecil firadila ialah firadila dapat menyiapkan 5 pasang baju kurung dalam satu hari. Satu pencapaian yang amat membanggakan. Ya Allah, alhamdulillah...amin...

Sunday 7 February 2010

Matlamat berani mencuba dan berani gagal...


Assalammualaikum dan salam ceria pembaca blog akumatlamat,


Tahun 2010 baru je berlalu sebulan sudah..tup...tup dan bulan Februari dah..terlalu cepat masa berlalu sekarang ni. Macam manalah kehidupan kita 5 tahun akan datang. Adakah perubahan atau sama sahaja.


Untuk tahun 2010 ni matlamat firadila cuma 2 iaitu :



Pertama : Berani Mencuba. Ramai yang beritahu dila "Engkau ni asyik nak cuba pelbagai bidang..nak buat perniagaan internetlah, nak ambil tempahan menjahit lah (memang dah ambik tempahan pun) , nak belajar maniklah..bisnes kompanglah ( dah berjaya pun) dan macam-macam lah.Semuanya engkau nak cuba tapi satu pun tak menjadi"...wah...terkedu juga dengan soalan tu...apalagi termenung juga firadila dibuatnya...setelah difikirkan sedalam-dalamnya, firadila dapat satu petunjuk. Jadilah diri sendiri. Dah ditakdirkan firadila suka mencuba sesuatu yang baru....mencari yang betul-betul sesuai di dalam bidang firadila yang firadila idamkan.


Bagi firadila tak salah mencuba sesuatu yang baru asalkan firadila berani mencuba. Kalau tak cuba tak tahu..."sentiasa berfikiran positif firadila....tanamkan di dalam hati tu..."...kata firadila di dalam hati...cewah..


Kedua : Berani Gagal. Firadila nak tanamkan semangat berani gagal ni kerana firadila berani mencuba. Jadi, kalau mencuba sesuatu tu tak semestinya akan berjaya dalam sekelip mata. Mesti ada gagal punya...oleh itu,


"LAKUKAN TINDAKAN KEHADAPAN SEKARANG JUGA FIRADILA...TUNGGU TAHUN 2011....LIHATLAH PENCAPAIAN KU NANTI..." Kataku dengan penuh semangat positif...cewaahhh....

akumatlamat,
firadila